*** - PENGUMUMAN - ***

BLOG INI TIDAK DAPAT DISELENGGARA DALAM MASA YANG TERDEKAT.. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.
..

Thursday, August 27, 2009

TANDA-TANDA ANDA BAYI 1980-AN

Kita membesar dgn menonton G-Force,He-man, Transformers, Thundercats,Silver Hawk, Woody Woodpecker,Chipmunks andMickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron,Tosho Daimoz...

Jangan lupa juga...masa sekolah rendah...berebut dengan kawan-kawan dalam gelanggang bola
tampar...nak main dengan pelbagai skill "Chun"....cerita Morrow Attack yang tak pernah miss....

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

Ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

Ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan...kan?

Semangkuk mi sup ka, mihun sup ka, 30 sen jek kat kantin.

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family.. Ni for those yg dok KL laa..

Time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz.. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

Internet? email? mendalah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. tiket wayang pun 5 inggit je.

Kita pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.. Tak dilupakan, 'Ti Kam'.

Bila dah abih exam, main Monopoly la,Donkey la, Happy Family laa dlm class.

Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. Boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...

Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. Tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

Lagi satu yang seronok masa time Pendidikan Jasmani, PJ.. main bola laa, rounders laa... xpun sep2 tiang..

Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, tepuk2 kad, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk... Pastu ada plak baling slipar, baling tin, konda kondi, lompat getah, perangkap tikus..

Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kena patahkan kat tengah2 dia!

Lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni..Baling2 kapur laa.. Tarik2 kusi bagi mmber jatuh pun ada..

Hmm...budak2 kat university skarang kebanyakannya lahir thn 1987/88.. skarang digelar 'remaja'. Bagi diorg, diorg mana penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

Bagi diorg, ada satu ja Jerman kat dunia ni, dan ada satu ja Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xdak remote control.

Dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

Hmm...jom kita check, kita ni dah tua ka:

1. Korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. Kebanyakan member2 skolah menengah kita dah kawin pun

3. Korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je.. Kita dulu nak blaja word pun kna masuk kelab komputer kat sek..

4. Kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone.. Dulu kalo dapat nokia 32sekupang tu pun dah kira hebat dah..

5. Bile jumpa member lama dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerita2 lama, cerita2 kelakar yang kita alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

*** - KOMPLEN_VS_KOMEN - ***