*** - PENGUMUMAN - ***

BLOG INI TIDAK DAPAT DISELENGGARA DALAM MASA YANG TERDEKAT.. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.
..

Wednesday, August 26, 2009

CARA-CARA COVER MALU!!

1. Kalo tersepak batu : Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan trus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai…lepas tu baru bgn bila takde org nampak..

2. Kalo terjatuh beskal : Cepat2 naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya org ingat anda saje2 buat lawak…

3. Kalo terjatuh tangga : Trus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dgn makhluk halus…

4. Kalo terjatuh dlm longkang : Pungutlah sampah yg ada sambil marah2 dgn suara yg kuat, pasti org menyangka anda seorang yg amat prihatin terhadap kebersihan…

5. Kalo terjatuh di dpn bus stop : Terus buat2 pengsan sehingga ada org membantu anda..kalo takde..baring trus sampai mlm dan takde org lagi kt bus stop tu…haa… ni lah masa sesuai utk bangun semula…

6. Kalo jatuh tergelincir kt lantai licin : Tarik la kawan (atau sesiapa yg ada kt sebelah anda) utk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yg dpt malu… ye tak??

P/S : Heheheheeeee………he………he.. Laughter is Da Best Medicine..

Tuesday, August 25, 2009

KITA SELALU BERTANYA... & AL-QURAN SUDAH MENJAWABNYA

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB 'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I'am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB 'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB 'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. '
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB 'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.'
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB 'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). '

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB 'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk'
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB 'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB 'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. '
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB '... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.'
- Surah Yusuf ayat 12

Kalu nak mengeluh lagi ............ jom gi ngaji

Nota: Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin pada saya. Saya sebarkan peringatan ini untuk ingat mengingati kepada-Nya.. Wallahua'lam

*** - KOMPLEN_VS_KOMEN - ***